Tuesday, April 21, 2009

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH:
Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1920 di perkampungan orang melayu. Sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Kampong Batu . Apabila Perang Dunia Ke Dua tercetus pada tahun1941 sekolah ini telah ditutup .
Kesedaran orang-orang Melayu terhadap pentingnya pelajaran telah menyebabkan Sekolah Melayu Kampong Batu dibina semula pada tahun 1951. Sekolah ini dibina semula di tapak baru iaitu du KM 18, Jalan Seremban – Tampin berhampiran dengan masjid Kampong Batu.
Sekolah ini dikenali dengan Sekolah Umum Kampong Batu ataupun Sekolah Perempuan Kampong Batu. Hal demikian kerana, murid-muridnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Guru Besar bagi sekolah perempuan ini ialah Puan Hajah Ramlah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Tutu.
Pada tahun 1975 pintu Sekolah Perempuan ini mula dibuka kepada murid –murid lelaki. Mereka dibenarkan masuk dan belajar di sekolah ini bersama-sama murid perempuan . Kehadiran murid-murid lelaki menyebabkab nama sekolah ini bertukar lagi. Sekolah ini dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BATU.

0 comments: